Sunday, July 12, 2009

Gambar guru sksj

Di atas ini gambar guru kelas saya PUAN AZIZAH. PUAN AZIZAH juga mengajar mata pelajaran bahasa malaysia.
Di atas ini gambar CIKGU ARABIAH dan CIKGU SITI MERIAM. CIKGU ARABIAH mengajar mathematics di dalam kelas 6 ceria dan 6 cegak. CIKGU SITI MERIAM pula mengajar mata pelajaran sains di dalam kelas 6 cedas dan 6 cegak.
Di atas ini la gambar guru mathematics saya namanya CIKGU ANIZA. CIKGU ANIZA juga mengajar mata pelajaran sivik.
Di atas ini gambar CIKGU HASNAH dan PUAN HO. CIKGU HASNAH juga mengajar mata pelajaran bahasa malaysia. PUAN HO pula mengajar mata pelajaran bahasa inggeris di dalam kelas 6 cantik iaitu kelas saya.
Di atas ini gambar CIKGU SAFIAH. Guru mata pelajaran bahasa malaysia. CIKGU SAFIAH nie pernah menjadi guru kelas pada tahun 2007, di dalam kelas 5 cantik.

Kenangan

Di atas ini gambar MUHD NUR FARHAN. FARHAN atau lebih dikenali PAAN suka perasan yang dia itu encem...:-) hahaha PAAN perasan...
Di atas ini gambar IQBAL dan AZMI. IQBAL berasal dari Sabah. AZMI nie selalu perasan yang PUTRI tu suka dekat dia, padahal AZMI nie bertepuk sebelah tangan.
Di atas ini gambar CELESTE dan SYAZWAN MANSOR. CELESTE beragama kristian tapi dia baik dengan semua orang. SYAZWAN nie seorang yang lemah math, kalau waktu math mesti dia tak tau nak buat apa. CELESTE dah cuba bantu SYAZWAN dalam mata pelajaran math, tapi dia tetap tak lulus.
Di atas ini pula gambar AINA NADIRAH dan NUR SYAFIQAH. AINA nie pengawas pusat sumber, dia macam sombong sikit. Kalau SYAFIQAH pula, dia jenis yang buat orang meluat nak kawan dengan dia...
Di atas ini gambar LUKMAN HAKIM dan DANIEL MUTALIB. LUKMAN nie kaki melatah sebab tu semua orang suka usik dia, DANIEL pula seorang yang ble.. dia suka tidor dalam kelas.
Di atas ini gambar PUTRI dan saya(INA). Kami berdua macam kembar tegok la sama tinggi tapi saya lebih tinggi sikit...hehehe.
Di atas ini gambar UMAIRAH SAFI dan PUTRI NUR HANIS, UMAIRAH dan PUTRI kawan sejak dari tahun 4 cerdas,mereka berdua adalah kawan baik, PUTRI seorang yang lemah lembut dan bersopan santun, UMAIRAH seorang yang suka meminta.

Wednesday, July 8, 2009

Kak Yayah Berkongsi Cerita Hai Suria

Salam sayang,

Babak di bawah tidak ada dalam Hai Suria. Ini hanyalah hadiah sampingan buat adik-adik yang membaca Hai Suria. Kak Yayah tiba-tiba teringat pada Akeem dan Rusyda,yang menjawab sajak Kak Yayah dulu.

Enjoy!
Di dalam tidurnya, Suria bermimpi. Dalam mimpi itu, dia duduk berhadapan dengan Khairi ketika dia mendendangkan lagu 'Kau Ilhamku'. Jihan, Hazman, Sofian, dan beberapa orang pelajar lagi turut ada di persekitaran tetapi mereka semua tidak mempedulikan dia dan Khairi. Dia banyak mengacau Khairi, dengan menjawab setiap baris lagu yang didendangkan
.

Izikan kumencuri bayangan wajahmu
(Bayangan hanya ada ketika ada cahaya. Kalau dalam gelap, bagaimana?)
Izikan kumencuri khayalan dengan mu
(Boleh... tapi mengapa nak curi? Khayalan itu percuma... ambil saja)
Maafkanlah oh.. oh
(Ya, boleh... saya maafkan awak tapi bagi saya dua puluh sen dulu!)
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
(Mana ada... Seronok apa dengar awak menyanyi)
Kau senyumlah oh... oh
(Manis kah? Kita tak ada lesung pipit seperti awak!)
Sekadar memori kita di arena ini
(Alangkah bagus kalau semua ini benar...)
Kau ilhamku...
(Awak pun sama...hu hu hu...)


Tiba-tiba bayangan Khairi semakin jauh. Makin dia cuba kejar, semakin jauh dia pergi. Wajah Khairi juga kembali bertukar menjadi wajah serius yang dia sering nampak sejak akhir-akhir ini. Oh! Wajah batu itu sudah menjelma, semakin lama semakin terang....
Suria terjaga dari tidornya. Aneh! Ini pertama kali 'Jejaka Idaman Malaya' muncul dalam mimpinya. Agaknya dia benar-benar terkesan dengan nyanyian Khairi semalam sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Walau bagaimanapun, dia jadi musykil. Mengapa ya sejak akhir-akhir ni muka dia jadi muka batu apabila mereka berselisih ataupun bertembung? Adakah dia sudah tahu yang Suria menyukainya? Adakah dia sudah perasan yang Suria sering 'menghendap'nya? Jikalau itu benar, mana dia hendak sorok muka? Mungkin dia kena lebih berhati-hati kerana bukanlah niat asalnya hendak mengganggu Khairi. Rutin tawaf itu hanyalah untuk kepuasan dirinya sendiri. Dia tidak mahu jejaka itu menganggap dia 'minah sewel'.
Ish! Mohon jauh..
Cheers!
p/s: Buat adik-adik yang tertanya-tanya, Hai Suria adalah spin off dari cerita Dear Yayah. Kali ini, Kak Yayah cuba ketengahkan Suria sebagai watak utama. Sekiranya adik-adik suka, Kak Yayah akan cuba sambuang cerita itu menjadi satu siri seperti Dear Yayah.
Pendapat adik-adik sekelian sangat Kak Yayah harapkan. Terima kasih semua.