Setiap manusia mengimpikan
tubuh badan yang lansing , menarik dan sedap dipandang . Pelbagai cara yang
kita sanggup lakukan untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan . Sesetengah
manusia memilih untuk tidak makan nasi dalam satu hari . Tapi dalam masa satu hari
tuu kita akan rasa lemah . Biasa la hari - hari makan nasi tiba - tiba tak
makan sebab na diet . Ada juga yang memilih jalan mudah mahupun masa yang
singkat untuk melansingkan badan dengan menghabiskan wang dengan membeli produk
- produk yang entah betul atau tidak . Dengan ituu saya ingin berkongsi tip
berdiet dengan anda semua .
Berikut adalah 13 tip atau
petua untuk berdiet:
1. Janganlah terlalu memikirkan masalah berat badan
sehingga mengganggu ketenteraman fikiran.
Di
sini terdapat tip-tip bagi anda yg sedang berdiet.Jgn asyik menimbang berat
badan. Ini dah termasuk dalam kategori masalah psikologi. Tak elok tu…Kalau
timbang berat turun..tak apa.Tapi kalau tak turun..tentu kecewa, kan? Jadi cara
paling baik ialah menimbang berat badan tidak lebih dari sekali saja dalam
seminggu. Jika naik atau turun, barulah nampak perubahannya.
2. Sibukkan diri anda dengan hobi menarik
Terutama
sekali jika anda sedang menjalani program diet baru. Ini akan mengelakkan diri
anda dari asyik memikirkan keberkesanan program tersebut atau makanan yg
enak-enak.
3. Makanlah sarapan pagi awal2.
Jgn
cuba elakkan sarapan pagi kerana ia adalah jadual makan yg paling penting.
4. Bacalah nutrisi di label pemakanan sebelum
memakan makanan yg dibeli.
Elakkan
memakan makanan yg berlemak atau berkalori tinggi. Paling baik, makanlah
makanan yg banyak serat.
5. Buat target
Buat
target berat badan yg realistik utk dicapai dan buatlah perancangan yg sesuai.
Jgn memaksa diri anda mencapai target yg tak logik utk dicapai dlm masa yg
cepat.
6. Bagi ganjaran pada diri anda sekiranya target
tercapai.
Contohnya,
memakan satu bar cokelat yg sedap. Perlu diingat, sekali-sekala memakan makanan
yg sedemikian tidak mengapa.
7. Positifkan diri!
Yakin
anda mampu mengurangkan berat badan
8. Rajinkan melakukan senaman seperti sit-up.
Jika
mampu, berkunjunglah ke gym yg berdekatan. Senaman membentuk otot yg sihat.
Otot membakar lemak.
9. Ubahkan corak pemikiran anda.
Jgn
terlalu obses utk kurus. Sebaliknya cuba lebih menghargai bentuk badan anda dan
bersyukur dgn anugerah Tuhan.
10. Turun 1 kg dalam sebulan secara tetap
Ianya
adalah lebih baik daripada turun berat badan yg banyak secara drastik dan
mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan anda dan mungkin jikalau anda berhenti
diet, berat badan anda akan naik pula dgn mendadak. Malah mungkin lebih teruk
dari dulu. Oleh itu, jgn kecewa jika berat badan anda tidak turun dgn cepat.
11. Dapatkan nasihat doktor
Sebelum
membuat keputusan utk membeli produk diet dan pil-pil diet yg banyak di pasaran dan farmasi sila
dapatkan nasihat dokter terlebih dahulu. Preskripsi doktor adalah lebih selamat
dari mendengar cakap-cakap kawan atau jurujual di kaunter jualan yg bermulut
manis.
12. Jgn mudah terpedaya dgn iklan2 merampingkan
badan
Kebanyakannya
adalah indah khabar dari rupa dan tak sesuai utk kita. Malah ada yg menipu.
Banyak wang yg dilaburkan tetapi hasilnya tak seperti yg dijanjikan.
13. Makan malam awal, sebaik-baiknya sebelum atau
pada pukul 7.00 malam.
Jgn
memakan makanan yg berat selepas waktu itu kerana kadar metabolisma yg rendah
pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.