
Bagi
yang bertudung penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting. Ini kerana
keadaan rambut yang tidak terkena udara dalam tempoh yang lama boleh merosakkan
keadaan kesihatan rambut. Berikut merupakan beberapa tips bagi penjagaan rambut
yang sihat buat si pemakai tudung.
1.
Rambut
haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga kali sehari.
Syampu yang digunakan hendaklah besesuaian dengan jenis rambut anda.
2.
Selepas
rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan terdahulu sebelum anda memakai
tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan
menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan
sakit kepala.
3.
Memakai
tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana
faktor kelembapannya. Oleh itu rawatlah rambut anda dengan ramuan rempah ratus
sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.
4.
Pemilihan
tudung dari material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi
pengaliran udara yang baik supaya kulit kepala dapat bernafas dengan baik.
Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.
5.
Elakkan
memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah, kerana semakin tebal
tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.