Thursday, June 14, 2012

Pemilihan Tudung .


Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian . Sama ada majlis rasmi , minum petang , makan malam atau sekadar bersiar – siar . Pengayaan tudung jangan sesekali diabaikan . Tampilkan kreativiti anda dengan mengayakan pelbagai jenis tudung .

§  Pilih tudung daripada kain yang bersesuaian antaranya kain kapas kerana ia mampu memberikan keselesaan maksimum dan menyerap peluh.
§  Gunakan tudung yang memiliki pola, rekaan dan jahitan yang sesuai dengan bentuk muka agar tidak mengganggu aktiviti seharian.
§  Jika memilih untuk mengenakan tudung bercorak ataupun abstrak, padankan dengan busana polos ataupun kurang corak agar tidak kelihatan keterlaluan gayanya.
§  Begitu juga sebaliknya, jika memilih untuk mengenakan pakaian bercorak ataupun berbunga sarat, padankan dengan pemilihan tudung yang memiliki warna paling sedikit pada pakaian agar kelihatan seimbang.
§  Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilih tudung polos yang berwarna cerah untuk digayakan.
§  Selain itu, elakkan diri daripada memakai tudung yang berwarna gelap atau kusam bagi mengelakkan anda kelihatan lebih berusia.
§  Bagi mereka yang memiliki bentuk wajah bulat, pilih tudung yang memiliki corak kecil dan tidak penuh bagi mengelakkan wajah kelihatan terlalu penuh dan tidak terurus.
§  Mereka yang berkulit cerah pula tidak digalakkan memakai tudung berwarna merah jambu kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan pucat.
§  Untuk mereka yang memiliki warna kulit kuning langsat, perlu mengelakkan pemakaian tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
§  Penting sekali mesti menutup aurat.