Berikut
adalah 8 tip atau petua penjagaan tudung :
1. Pastikan tudung
tidak diramas ketika mencuci, cukup sekadar dicelup dan angkat beberapa kali.
2. Cucian kering
berfungsi mematikan pigmen warna pada sutera. Walaupun ia tidak luntur sekiranya dibasuh sendiri, sebagai
langkah penjagaan, elok kiranya dilakukan cucian kering.
3. Untuk cucian
kali kedua dan seterusnya, gunakan bahan pencuci bersifat lembut.
4. Jangan berus
atau tenyeh tudung berkenaan. Memadai jika anda mengepal lembut dan celup dua
tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
5. Tudung boleh
dijemur di kawasan teduh.
6. Tidak perlu
digosok.
7. Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat
bahagian sengkuap kerana jika sengkuap terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna bila dipakai.
8. Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung yang mempunyai
sengkuap ialah melipat dari bahagian bawah tudung. Gulung secara longgar dan
masukkan ke dalam sengkuap.