بسم الله الرحمن الرحيم
Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan
Makruh dan mewarisi kepapaan
Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
Jangan bertangguh taubat bila berbuat dosa
Kerana mati boleh datang bila-bila masa
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
Kalau kita memang bersalah
Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia
Jangan lupa bergantung pada ALLAH dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya
Kalau gagal kecewa pula
Jangan bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
Jangan banyak ketawa
Nanti mati jiwa
Jangan biasakan berbohong
Kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
Jangan sengaja lewatkan solat
Sedangkan ALLAH tak pernah lewatkan pemberian rezeki pada dirimu
Sesungguhnya ALLAH tidak suka
Jikalau tertidur lain ceritalah
Jangan memasuki bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar)
Takut terbawa najis keluar mengotori seluruh rumah kita
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing
Makruh kerana ia berbahaya
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh
Makruh dan mewarisi kepapaan
Sesungguhnya ALLAH suka benda yang suci dan bersih
Jangan tidur selepas solat subuh
Nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Doa makhluk ALLAH yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
Sesungguhnya ALLAH tidak suka hambanya menzalimi saudaranya sendiri
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan pertikaikan kenapa Islam itu melarang dengan berkata JANGAN
Sebab semuanya untuk keselamatan kita
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-NYA
Sabda rasulullah.." Sebarkanlah daripadaku walau satu ayat "
" Nescaya ALLAH memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamuDan barang siapa yang mentaati ALLAH dan RASUL-NYA maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar "
(Surah al-Ahzab : 71)
Wallahua'lam