Teman Tersayang..
Aku ingin kita seperti ABU BAKAR AS-SIDDIQ..
Persahabatan dijalinkan kerana AL-KHALIQ..
Harta dikorban bukan sedikit..
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.
Serta tawakal IBRAHIM mulia..
Ketika meninggalkan insan tercinta..
Di bumi tandus tanpa bicara..
Meyakini ALLAH sebagai penjaga.
Aku impikan antara kita seorang UMAR..
Berdiri tatkala tunduknya manusia..
Bersuara tatkala diamnya manusia..
Menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman SYED AL-QUTB..
Ketika berhadapan dengan tali maut..
Akidah mantap tidak terenggut..
Roh dakwahnya tidak surut.
Aku ingin kita seteguh IBNU ZUBBAIR..
Menahan panahan hajjaj dengan rela..
Bersama si ibu tua..
Lantas syahid rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemai benih HASSAN AL-BANNA..
Fikrahnya jernih menggegarkan dunia..
Merelakan tubuhnya dimamah peluru..
Demi menegakkan kalam ALLAH dan RASUL.
Aku cintakan pemuda GIFFARI..
Menentang kezaliman walaupun diancam..
Mogakan lahir lagi di abad ini..
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf YUSUF..
Tetap mencintai saudaranya..
Walaupun dihumban dalam perigi tua..
Terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum mewangi..
Bagai harumnya pusara MASYITAH..
Semerbak kasturi.
Aku ingin persahabatan indah ini..
Bisa menjadi syafaat..
Di mahkamah MAHSYAR nanti.
Ukhuwah fillah abadan abada.
Ana akhukum fil Islam.
Wa uhibbukum fillah.
Wallahua'lam